Loading...

Tuesday, May 6, 2008

LAPORAN MAJLIS MAKAN BERADAB SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1429H/2008M

LAPORAN MAJLIS MAKAN BERADAB SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1429H/2008M

Tanggal 28 Mac 2008,satu Majlis Makan Beradab telah diadakan di Dewan Makan SESTER.Majlis Makan Beradab yang julung kali diadakan pada tahun ini bermula pada jam lapan malam dengan ketibaan para guru dan pelajar.Selepas itu,ketibaan tetamu VIP telah diiringi oleh bacaan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.Tetamu VIP yang hadir untuk bersama-sama menjayakan majlis ini ialah Ustaz Zakaria bin Jusoh (Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam dan Moral,Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu).Beliau hadir sebagai wakil kepada Tuan Hj. Wahid bin Setia (Pengarah Sektor Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu).Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Presiden Badar,Muhammad Shaiful Haiqal bin Abdul Malek.Selepas itu,majlis diteruskan dengan ucapan daripada Tuan Hj. Jamil bin Sakmin (Penolong Kanan Pentadbiran SESTER) yang menjadi wakil kepada Ayahanda Pengetua,Tuan Hj Mohamad bin Abdullah yang tidak dapat hadir.Setelah berakhirnya ucapan daripada PK Pentadbiran,tetamu VIP telah dijemput untuk menyampaikan ucapannya.Beliau berasa kagum dengan langkah sektor Sekolah Berasrama Penuh(SBP) yang menjadikan Majlis Makan Beradab sebagai aktiviti bulanan.Di samping itu,beliau juga telah memberi satu cadangan agar penganugerahan tokoh Maulidur Rasul bukan hanya kepada pelajar malah kepada guru-guru sebagai menghargai jasa-jasa mereka.Majlis diteruskan lagi dengan sesi makan dan juga penyampaian anugerah kepada para pelajar yang memperoleh Gred Purata Keseluruhan 3.5 ke atas dalam OTI Febuari yang lepas.Kemudian,tokoh Maulidur Rasul juga diumumkan sejurus selepas itu.Pada tahun ini,tokoh lelaki yang layak bergelar Tokoh Maulidur Rasul ialah saudara Faizal bin Husin daripada Tingkatan 5 Al-Biruni.Manakala,tokoh perempuan telah disandang oleh saudari Nur Khaiyisah Husna binti Amran.Keseluruhannya,Majlis Makan Beradab pada kali ini telah selesai dengan jayanya dan mencatat satu agenda yang penting dalam taqwin Badar.Semoga majlis ini dapat diteruskan lagi pada tahun berikutnya dengan pencapaian yang lebih baik.



No comments: