Loading...

Friday, November 28, 2008

LAPORAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH








Pada 19 Mac 2008, Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah bersempena dengan Hari Keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Sambutan ini telah diadakan di Surau Al-Firdaus.

Sambutan dimulakan dengan bacaan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad sejurus selepas menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. Ustad Fauzi bin Yusof, pensyarah dari Universiti Darul Iman. Beliau telah dijemput khas untuk menyampaikan ceramah tentang keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.

Menerusi ceramah yang telah disampaikan,para pelajar dapat menghayati kembali sirah perjuangan baginda dan mengambil iktibar dan pedoman daripadanya. Semua pelajar memberi tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang cuba disampaikan oleh penceramah.

Ceramah diakhiri dengan iringan sebuah lagu nasyid yang begitu mensyahdukan. Para pelajar kemudiannya menunaikan solat Isyak secara berjemaah.

Laporan disediakan oleh,

.........................................

(NURUL SYAHIRAH BT OMAR)

Setiausaha,

BADAR SESTER.